PROMOSI SET SARAPAN PAGI.. ADA 4 JENIS PILIHAN LAKSA SARAWAK, MI KOLOK, MI JAWA & NASI LEMAK ALA SARAWAK |
Assalamu'alaikum w.b.t semua khasnya kepada Kakak Tena bagi pihak Perunding Azfar yang telah memberi sokongan kepada kami khasnya Kafe Seri Sarawak dengan membuat tempahan untuk majlis di atas pada 29hb November yang lalu. Maaf juga dipohon kerana tak sempat nak update blog kerana masih sibuk dengan beberapa perkara yg sudah dimaklumkan.
Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Perunding Azfar khasnya En. Fazri serta partner dan semua pekerja di Perunding Azfar. Kami berharap menu istinewa yang telah dicadangkan oleh Kakak Tena tempoh hari dapat memenuhi citarasa semua..maklumlah citarasa Masakan Asli Sarawak mungkin tak biasa oleh sesetengah orang.
Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan samada dari segi rasa masakan mahupun perkhidmatan yang berkaitan. Sekiranya memuaskan hati semua orang kami ucapkan berbanyak terima kasih dan mohon kiranya dapat disebarkan kepada rakan-rakan yang lain sekiranya perlu kepada perkhidmatan kami.
Sekali lagi kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan serta sokongan khasnya dari Kak Tena serta pihak Pengurusan Perunding Azfar serta kakitangan syarikat. Semoga majlis tempoh hari diberkati serta memberi rahmat kepada semua.. Amin!! Amin!! Amin!!!
Berikut beberapa gambar yang sempat diambil tempoh hari untuk kenang-kenangan bersama.
![]() |
Hidangan Nasi Lemak lauk Daging Masak Hitam Sarawak untuk tempahan seramai 20 org serta Kuih Tradisional telah siap sedia dibungkus untu diambil oleh Kak Tena@Kafe Seri Sarawak, Taman Keramat Wangsa |
![]() |
MENU TEMPAHAN ISTIMEWA!!! DAGING MASAK HITAM ASLI SARAWAK |
![]() |
Set Sarapan Pagi termasuk Air Panas Teh Tarik serta 2 jenis kuih-muih tradisional yang dipilih. |
![]() |
Sebelah kiri sekali (Warna Kuning)..ISTIMEWA !!! HOME-MADE BUTTERMILK CHEESE CAKE |
No comments:
Post a Comment