Assalamua'laikum w.b.t semua khasnya Warga Usrah Taman Keramat AU2 serta semua kaum muslimin & muslimat.
Majlis ini telah diadakan di Kafe Seri Sarawak selepas Solat Isya pada 02 hb Disember 2013 dan giliran Hos usrah pada minggu tersebut adalah Hj. Bachik Mohamed. Beliau telah memilih untuk mengadakan majlis tersebut di Kafe Seri Sarawak di sebabkan faktor logistik serta kemudahan yang terdapat di Kafe khasnya kafe yang berhawa dingin, kelengkapan makan minum serta kerusi meja yang siap sedia boleh memuatkan antara 20-25 orang pada satu-satu masa.
Sedikit maklumat, majlis usrah dipenuhi dengan bacaan al-quran serta terjemahan oleh hos serta ustaz yang memimpin pada malam tersebut. Alhamdulillah ramai yang dapat hadir pada malam tersebut serta majlis diketuai oleh Ustaz Hj. Mat Jais Kamos. Antara lain acara iaitu bacaan Al-mathurat, kitab, soal-jawab umum serta maklumat perkembangan terkini ahli-ahli usrah. Majlis diakhiri dengan doa penutup majlis serta doa makan serta ahli-ahli Usrah menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan oleh pihak hos.
Di atas permintaan Dato Annuar minggu sebelumnya, beliau telah memohon menu istimewa iaitu BUBUR PEDAS SARAWAK. Pada malam itu telah disediakan menu Laksa Sarawak, Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Bubur Pedas, kuih muih, air panas teh tarik, teh 'O', air sirap serta buah-buahan tempatan.
majlis berakhir jam 1045 malam.
Ucapan terima kasih kepada semua ahli Usrah khasnya Hj. Bachik Mohamed. Didoakan semoga diberi kekuatan serta kesembuhan dr. segala penyakit daripada Allah s.w.t..Amin..Amin Ya rabbal 'alamin
 |
Hos: Hj. Bachik Mohamed (jubah warna coklat muda) sedang menjamu selera bersama Hj. Mohd Zaini Yunus (jubah Putih) , Hj. Nor Azhar & Ustaz Mat Jais Kamos (memberi belakang). |
 |
Ahli-ahli usrah yang hadir |
 |
Hj. Ahmad Nazaruddin (jubah hitam) bekas jiran di Sri Ayu Apartment dahulu |
 |
Dato Annuar (jubah warna coklat) beliau amat meminati masakan Sarawak kerana pernah lama berkhidmat di Sarawak. Beliaulah yang memohon hidangan istimewa "BUBUR PEDAS" |
 |
Ustaz Samsul Bahari Aminullah sedang menjamu selera.. Takpa Ustaz nanti kita bagi kemas.. |
 |
Ahli Usrah setelah selesai menjamu selera |
 |
Majlis dipimpin oleh Ustaz Mat Jais Kamos sedang menjamu selera sambil berdiskusi. |
 |
Kuih-muih tradisional serta buah-buahan tempatan juga disediakan |
 |
SPECIAL REQUEST DARI DATO ANNUAR "BUBUR PEDAS SARAWAK" |
 |
Ayam Goreng Berempah |
 |
Inilah hidangan yang ditunggu-tunggukan... LAKSA SARAWAK |