Saturday, December 21, 2013

Majlis Usrah Kumpulan Taman Keramat AU2 pada 02hb Disember 2013 Hos: Hj. Bachik Mohamed

Assalamua'laikum w.b.t semua khasnya Warga Usrah Taman Keramat AU2 serta semua kaum muslimin & muslimat.

Majlis ini telah diadakan di Kafe Seri Sarawak selepas Solat Isya pada 02 hb Disember 2013 dan giliran Hos usrah pada minggu tersebut adalah Hj. Bachik Mohamed. Beliau telah memilih untuk mengadakan majlis tersebut di Kafe Seri Sarawak di sebabkan faktor logistik serta kemudahan yang terdapat di Kafe khasnya kafe yang berhawa dingin, kelengkapan makan minum serta kerusi meja yang siap sedia boleh memuatkan antara 20-25 orang pada satu-satu masa.

Sedikit maklumat, majlis usrah dipenuhi dengan bacaan al-quran serta terjemahan oleh hos serta ustaz yang memimpin pada malam tersebut. Alhamdulillah ramai yang dapat hadir pada malam tersebut serta majlis diketuai oleh Ustaz Hj. Mat Jais Kamos. Antara lain acara iaitu bacaan Al-mathurat, kitab, soal-jawab umum serta  maklumat perkembangan terkini ahli-ahli usrah. Majlis diakhiri dengan doa penutup majlis  serta doa makan serta ahli-ahli Usrah menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan oleh pihak hos.

Di atas permintaan Dato Annuar  minggu sebelumnya, beliau telah memohon menu istimewa iaitu BUBUR PEDAS SARAWAK. Pada malam itu telah disediakan menu Laksa Sarawak, Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah, Bubur Pedas, kuih muih, air panas teh tarik, teh 'O', air sirap serta buah-buahan tempatan.
majlis berakhir jam 1045 malam.

Ucapan terima kasih kepada semua ahli Usrah khasnya Hj. Bachik Mohamed. Didoakan semoga diberi kekuatan serta kesembuhan dr. segala penyakit daripada Allah s.w.t..Amin..Amin Ya rabbal 'alamin

Hos: Hj. Bachik Mohamed (jubah warna coklat muda) sedang menjamu selera bersama Hj. Mohd Zaini Yunus
(jubah Putih) , Hj. Nor Azhar & Ustaz Mat Jais Kamos (memberi belakang).

Ahli-ahli usrah yang hadir

Hj. Ahmad Nazaruddin (jubah hitam) bekas jiran di Sri Ayu Apartment dahulu

Dato Annuar (jubah warna coklat) beliau amat meminati masakan Sarawak kerana pernah lama berkhidmat di Sarawak. Beliaulah yang memohon hidangan istimewa "BUBUR PEDAS"

Ustaz Samsul Bahari Aminullah sedang menjamu selera..
Takpa Ustaz nanti kita bagi kemas..

Ahli Usrah setelah selesai menjamu selera

Majlis dipimpin oleh Ustaz Mat Jais Kamos sedang menjamu selera sambil berdiskusi.

Kuih-muih tradisional serta buah-buahan tempatan juga disediakan

SPECIAL REQUEST DARI DATO ANNUAR "BUBUR PEDAS SARAWAK"

Ayam Goreng Berempah

Inilah hidangan yang ditunggu-tunggukan... LAKSA SARAWAK

1st Usrah cum Birthday Event Gathering @ Perunding Azfar, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur

PROMOSI SET SARAPAN PAGI..  ADA 4 JENIS PILIHAN
LAKSA SARAWAK, MI KOLOK, MI JAWA & NASI LEMAK ALA SARAWAK

Assalamu'alaikum w.b.t semua khasnya kepada Kakak Tena bagi pihak Perunding Azfar yang telah memberi sokongan kepada kami khasnya Kafe Seri Sarawak dengan membuat tempahan untuk majlis di atas pada 29hb November yang lalu. Maaf juga  dipohon kerana tak sempat nak update blog kerana masih sibuk dengan beberapa perkara yg sudah dimaklumkan.

Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Perunding Azfar khasnya En. Fazri serta partner dan semua pekerja di Perunding Azfar. Kami berharap menu istinewa yang telah dicadangkan oleh Kakak Tena tempoh hari dapat memenuhi citarasa semua..maklumlah citarasa Masakan Asli Sarawak mungkin tak biasa oleh sesetengah orang.

Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan samada dari segi rasa masakan mahupun perkhidmatan yang berkaitan. Sekiranya memuaskan hati semua orang kami ucapkan berbanyak terima kasih dan mohon kiranya dapat disebarkan kepada rakan-rakan yang lain sekiranya perlu kepada perkhidmatan kami.

Sekali lagi kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kepercayaan serta sokongan khasnya dari Kak Tena serta pihak Pengurusan Perunding Azfar serta kakitangan syarikat. Semoga majlis tempoh hari diberkati serta memberi rahmat kepada semua.. Amin!! Amin!! Amin!!!

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil tempoh hari untuk kenang-kenangan  bersama.

Hidangan Nasi Lemak lauk Daging Masak Hitam Sarawak untuk tempahan seramai 20 org serta Kuih Tradisional telah siap sedia dibungkus untu diambil oleh Kak Tena@Kafe Seri Sarawak, Taman Keramat Wangsa

MENU TEMPAHAN ISTIMEWA!!!
DAGING MASAK HITAM ASLI SARAWAK

Set Sarapan Pagi termasuk Air Panas Teh Tarik serta 2 jenis kuih-muih tradisional yang dipilih.  

Sebelah kiri sekali (Warna Kuning)..ISTIMEWA !!!
HOME-MADE BUTTERMILK CHEESE CAKE

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan sebagai pelanggan pertama kami telah memberi SECARA PERCUMA
dessert yang kini paling disukai ramai mini-pavlova untuk dirasai oleh para pekerja@Perunding Azfar




Friday, November 22, 2013

Charity Bazaar @ Twin Towers Fitness Centre Hall 2 Friday: 22 Nov 2013 @0900 AM -330 PM

Assalamu'alikum w.b.t semua,

Terlebih dahulu ucapan Alhamdulillah tidak terkira kerana telahpun selesai semalam event yang julung kali diadakan dan berbanyak terimakasih diucapkan kepada semua warga Petronas khasnya pihak penganjur yang telah berjaya  mengadakan program semalam... SYABAS diucapkan!!! Tidak lupa kepada semua pengunjung khasnya warga PETRONAS@KLCC yang telah memberi sokongan dengan melawat booth kami dan membeli sambil menderma. Semoga hasil kutipan dana daripada program ini dapat sedikit sebanyak membantu gologan sasar yang ditujukan dan mencapai objektif & matlamat yang ditentukan oleh pihak penganjur.

Orang-orang kuat dari Danisa Bytez/Zahayu Gift House  yang telah bekerja keras untuk menjayakan program Charity Bazaar @ TTFC  @ KLCC (Dari kiri:  Pn.Uda, Sdri Shima, Pn. Hayudi, Pn. Anis, Kak Hasmah, Sdri Ira, Sdr Faez)
THANK YOU ALL FOR YOUR SUPPORT!!!!
All the best delicacies are here... Special Laksa Sarawak!!
The Best Laksa in Town...visit our Cafe @Kafe Seri Sarawak at Taman Keramat Wangsa
Ada Laksa Sarawak...mesti ada Kek Lapis Sarawak!!!
Another Specialty... CONEY DOG by Danisa BYTEZ
Lagi special & A MUST have...mini-pavlova hanya RM15 per set of 6 pieces
Another Sarawak Specialty...Sarawak Cheese Cake ...it melts in your mouth!!!!
Now here comes the PROMOTION!!! grab it while you can in conjunction with the opening of our Cafe@ Kafe Seri Sarawak serving Sarawak Cuisines and all types of Kek Lapis Sarawak Original & Segar



ANOTHER PROMOTION!!! untuk sesiapa bakal pengantin baru, bolehlah dapatkan HARGA PROMOSI untuk Pakej Kotak Hantaran Perkahwinan & Wedding Door Gift berasaskan Kek Lapis Sarawak

Monday, June 17, 2013

Senarai Harga Hamper & Gift Korporat 2013




PROMOSI KOTAK HAMPER KORPORAT 
SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2013 !!!!





JENIS A

Harga Promosi: RM160.00** satu

** Termasuk:

1. Satu (1) Biji Kek Lapis Sarawak Bercorak (Anggaran Saiz: 8" x 7.5" x 3")

2. Satu (1) Gift Box  (Anggaran Saiz : 8.5" x 8.5" x 3.5")
 (Material Kotak : Atas & Bawah Hardcover; Tutup Atas diisi dengan Sponge & gold stamping lettering "Selamat Hari Raya Aidilfitri")

3. Packaging & Workmanship untuk hiasan & ikatan Ribbon.

4. Penghantaran terhad di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja tertakluk kepada kuantiti pesanan.








JENIS B

Harga Promosi: RM160.00** satu

** Termasuk:

1. Satu (1) Biji Kek Lapis Sarawak Bercorak (Anggaran Saiz: 8" x 7.5" x 2.5")

2. Satu (1) Gift Box  (Anggaran Saiz : 8.0" x 8.0" x 3.0")
 (Material Kotak : Atas Hardcover & Bawah Wooden Box; wooden logo dengan tulisan "Selamat Hari Raya Aidilfitri")

3. Packaging & Workmanship untuk hiasan & ikatan Ribbon.

4. Penghantaran terhad di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja tertakluk kepada kuantiti pesanan.



Saturday, June 15, 2013

SENARAI HARGA KEK LAPIS SARAWAK (2013)

ROLL


 Roll Mawar 
Harga : RM 20.00


Roll Fenomena
Harga : RM 20.00


Roll Dahlia
Harga : RM20.00


Roll Suria
 Harga : RM 20.00


Roll Rose
Harga : RM 20.00



Roll D'Ayu
Harga : RM 20.00 


KEK LAPIS 


Kek Lapis Cheese Cracker

saiz (besar) 8" x 7.5" x 2.5" : Rm90.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 2.5" : Rm 50.00 
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 2.5" : Rm 25.00



Kek Lapis Oreo 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 2.5" : Rm90.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 2.5" : Rm 50.00 
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 2.5" : Rm 25.00


Kek Lapis Chocolate Cadbury 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 2.5" : Rm90.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 2.5" : Rm 50.00 
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 2.5" : Rm 25.00

Kek Lapis Chocolate/ Kek Lapis capuccino cheese

saiz (besar) 8" x 7.5" x 2.5" : Rm90.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 2.5" : Rm 50.00 
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 2.5" : Rm 25.00



 

Kek Lapis Masam Manis (pink&hijau)

saiz (besar) 8" x 7.5" x 2.5" : Rm 80.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 2.5" : Rm 40.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 2.5" : Rm 20.00



Kek Lapis Masam Manis (Hijau&kuning)

saiz (besar) 8" x 7.5" x 2.5" : Rm 80.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 2.5" : Rm 40.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 2.5" : Rm 20.00




Kek Horlick/ Holiday Inn

saiz (besar) 8" x 7.5" x 2.5" : Rm 80.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 2.5" : Rm 40.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 2.5" : Rm 20.00


Kek Lapis Sisik Ikan 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 2.5" : Rm 80.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 2.5" : Rm 40.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 2.5" : Rm 20.00

Kek Lapis Blueberry 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 2.5" : Rm 80.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 2.5" : Rm 40.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 2.5" : Rm 20.00


Kek Lapis Ketupat

saiz (besar) 8" x 7.5" x 3.0" : Rm 120.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 3.0" : Rm 60.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 3.0" : Rm 30.00 


Kek Lapis Puak Kumbu 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 3.0" : Rm 120.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 3.0" : Rm 60.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 3.0" : Rm 30.00 



Kek Lapis Irdina 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 3.0" : Rm 120.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 3.0" : Rm 60.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 3.0" : Rm 30.00 
\

Kek Lapis Red Velvet 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 3.0" : Rm 120.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 3.0" : Rm 60.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 3.0" : Rm 30.00 

Kek Lapis Dahlia 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 3.0" : Rm 120.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 3.0" : Rm 60.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 3.0" : Rm 30.00 

Kek Lapis Fenomena 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 3.0" : Rm 120.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 3.0" : Rm 60.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 3.0" : Rm 30.00 


Kek Lapis Mawar 

saiz (besar) 8" x 7.5" x 3.0" : Rm 120.00
saiz (separuh) 8" x 3.7" x 3.0" : Rm 60.00
saiz (seperempat) 8" x 2.0" x 3.0" : Rm 30.00